Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Segala puji bagi Allah SWT atas segala limpah rahmat dan kurnia-Nya, khususnya nikmat iman dan rezeki yang tidak terhingga. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, contoh agung dalam menzahirkan pengorbanan, ketulusan hati dan ketakwaan kepada Allah SWT.


Kehadiran bulan Zulhijjah setiap tahun mengingatkan kita kepada peluang keemasan untuk merebut pahala dan keberkatan melalui ibadah korban, satu amalan besar yang disyariatkan sebagai simbol ketaatan dan penyerahan total seorang hamba terhadap perintah Tuhannya. Ibadah korban bukan hanya sekadar menyembelih haiwan, tetapi ia merupakan satu bentuk tarbiah rohani yang membina jiwa, mendidik hati agar lebih prihatin terhadap kesusahan orang lain, serta menyemai nilai syukur dan pengorbanan dalam diri umat Islam.

Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha tahun ini, HALUAN melaksanakan Program Ibadah Korban HALUAN 1446H, sebagai satu usaha menyantuni umat Islam yang kurang bernasib baik di serata dunia. Program ini bertujuan untuk membantu umat Islam menunaikan ibadah korban secara sah, telus dan mudah, selaras dengan tuntutan syarak serta keperluan semasa masyarakat. Pada masa yang sama, ia juga menjadi medium untuk menyampaikan daging korban kepada mereka yang benar-benar memerlukannya, khususnya dalam kalangan asnaf, mualaf, masyarakat orang asli, serta mangsa konflik, peperangan dan kemiskinan yang berada di dalam atau luar negara.


Sejak tahun 2000 lagi, HALUAN telah melaksanakan program korban di lebih 20 buah negara, termasuk kawasan bergolak seperti Gaza, Syria, Yaman dan Mindanao, di samping wilayah miskin di benua Afrika seperti Somalia dan Kenya. HALUAN juga tidak melupakan masyarakat pedalaman dalam negara seperti di Sabah dan Sarawak, yang turut memerlukan bantuan dan sokongan berterusan. Di sesetengah tempat, daging korban yang kita kirimkan menjadi satu-satunya peluang bagi mereka untuk merasa daging dalam setahun, justeru ia membawa makna yang amat besar kepada golongan ini. Program ini merupakan kesinambungan kepada usaha HALUAN dalam membangunkan masyarakat melalui pendekatan kebajikan, pendidikan dan pembangunan insan, yang telah menjadi teras perjuangan kami sejak penubuhan. HALUAN percaya bahawa nilai pengorbanan dan semangat persaudaraan inilah yang akan menguatkan perpaduan ummah dan memberi sinar harapan buat mereka yang terpinggir.


Allah berfirman dalam surah Al-Hajj, ayat ke 37 yang bermaksud :

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa dari kamu".


Dalam sebuah hadis riwayat Tirmizi pula, Rasulullah SAW bersabda: “Tiada satu amalan anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (korban).”


Sehubungan itu, HALUAN menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyertai Program Ibadah Korban HALUAN 1446H dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesedaran, serta menjadikannya sebagai satu bentuk pelaburan akhirat yang memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada seluruh umat Islam yang memerlukan. Semoga pengorbanan yang dilakukan diterima sebagai amal soleh dan menjadi bekal di sisi Allah SWT.


Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari
www.haluan.org.my
Hotline: 011-5779 6309
Atau kunjungi pejabat HALUAN berhampiran anda.



Dr Abdullah Sudin Ab. Rahman
Presiden HALUAN

Tuan Presiden mengagihkan daging qorban ketika di Rajshahi, Bangladesh
- Program Ibadah Korban HALUAN 2015

TeaserElementhas many styles!

Daftar Sekarang