1. Bagaimana saya hendak menyertai korban Bersama HALUAN?

    Pendaftaran Program Ibadah Korban boleh dilakukan dengan 2 cara:
    • Pendaftaran online di laman sesawang korban.haluan.org.my
    • Walk-in ke Ibu Pejabat HALUAN di Bandar Baru Bangi

  2. Bagaimana saya hendak melakukan pembayaran?

    Pembayaran boleh dilakukan melalui:
    • Bayar secara online di laman sesawang korban.haluan.org.my selepas pendaftaran.
    • Pembayaran offline melalui mesin deposit/tunai, mesin ATM, cek. Bukti bayaran hendaklah dimuat naik ke dalam laman sesawang korban.haluan.org.my selepas pendaftaran.

  3. Adakah bukti pendaftaran saya sudah diterima?

    Anda akan menerima SMS dan emel (sekiranya ada) sebaik sahaja sistem menerima pendaftaran anda.

  4. Bagaimana saya boleh mendapatkan resit bagi bayaran penyertaan saya?

    Resit akan diemelkan kepada peserta selepas urusetia mengesahkan bayaran anda, sila berikan masa kepada urusetia untuk menyediakan resit. Resit juga akan dihantar melalui pos selepas ibadah korban dilaksanakan.

  5. Bagaimana saya hendak menyemak status pendaftaran saya?

    Anda boleh lakukan semakan pendaftaran anda di bahagian semakan di laman sesawang korban.haluan.org.my.

  6. Bilakah korban saya akan dilaksanakan?

    Korban tuan/puan akan dilaksanakan di dalam tempoh berkorban iaitu selama 4 hari (10-13 Zulhijjah) di negara-negara sasaran. Sila ambil maklum, terdapat beberapa negara yang kebiasaannya melaksanakan korban lewat sedikit berbanding Malaysia.

  7. Di manakah korban saya akan dilaksanakan?

    Korban anda akan dilaksanakan di negara-negara mengikut pakej yang telah ditetapkan. Kebiasaannya korban akan dilakukan di beberapa kawasan berpenduduk susah dan miskin mengikut jumlah penyertaan yang diterima.

  8. Bagaimanakah saya ingin mengetahui korban saya sudah dilaksanakan?

    Anda akan mendapat SMS sebaik sahaja urusetia mendapat pengesahan pelaksanaan korban daripada wakil HALUAN di negara-negara sasaran.

  9. Bolehkah korban untuk si mati?

    Terdapat beberapa pendapat, antaranya :

    Pertama: Dibolehkan untuk melakukan korban buat si mati dan sampai pahalanya juga buat si mati. Ini adalah pendapat jumhur ahli ilmu yang merangkumi al-Hanafiyah, al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan sebahagian al-Syafi’ieyyah.

    Kedua: Makruh hukumnya melakukan korban buat si mati. Ini adalah pendapat al-Malikiyyah.

    Ketiga: Tidak boleh melakukan korban buat si mati melainkan ianya telah diwasiatkan oleh si mati sebelum kematiannya. Ini adalah pendapat al-Syafi’ieyyah.

    Kesimpulan
    Walaupun permasalahan ini menjadi khilaf dikalangan ulama, kami cenderung dengan pendapat yang ketiga iaitu pendapat kebanyakan Syafi’eyyah iaitu mesti adanya wasiat dari si mati untuk melakukan korban buat dirinya.

    Sumber:
    Irsyad al-Fatwa, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

  10. Bolehkah saya mengetahui berita wakil HALUAN di negara-negara sasaran?

    Kami akan sentiasa mengemaskini perjalanan wakil HALUAN yang dihantar dari Malaysia. Anda boleh mengetahui berita wakil kami di page Facebook dan Twitter HALUAN.

  11. Bolehkah saya mendapat gambar pelaksanaan korban?

    Selepas korban selesai dilaksanakan, urusetia akan menghantar sijil, gambar dan resit kepada anda. Proses penyediaan dan penghantaran mungkin mengambil masa sehingga sebulan selepas selesai pelaksaan korban.

  12. Saya menghadapi masalah semasa pendaftaran online

    Jangan risau, kami mempunyai urusetia yang sedia membantu anda. Anda boleh menghubungi urusetia kami melalui salah satu cara berikut: