29 Mar 2024 / 19 Ramadhan 1445h

Misi Kemanusiaan & Korban HALUAN 1436H

22 September, 2015

0

Misi Kemanusiaan & Korban HALUAN 1436H

Kesemua EMPAT Pasukan Korban HALUAN telah selamat tiba di destinasi masing-masing hari ini bagi memastikan amanah korban rakyat Malaysia benar-benar terlaksana. Pasukan relawan HALUAN ini melibatkan negara Somalia, Kenya, Kemboja, Sri Lanka, Bangladesh dan India dengan membawa amanah korban sebanyak 2196 bahagian.

Atas sebab-sebab keselamatan, tiada Pasukan Korban HALUAN yang dihantar ke Syria dan Palestin pada tahun ini. Namun bagi memastikan amanah korban rakyat Malaysia benar-benar terlaksana, HALUAN bekerjasama dengan NGO yang dikenali dan dipercayai, Yayasan As-Sarra yang akan menyempurnakan amanah korban di Syria dan Palestin bagi pihak rakyat Malaysia.

Selain itu, ibadah korban HALUAN di luar negara turut dilaksanakan di negara Jordan yang diurus oleh para pelajar daripada Kelab Siswa HALUAN Jordan di negara tersebut.

Manakala sedekah lembu dan kambing turut dilaksanakan di Negara Mesir dan Thailand. Relawan HALUAN ke Selatan Thai akan bertolak melalui jalan darat pada hari Khamis ini. Manakala di Mesir diuruskan oleh Kelab Siswa HALUAN Mesir.

‪#‎MisiKorban‬